Skip to main content

PROFIL SEMAKMUR

Pada awal pembukaan sekolah ini hanya terdapat 14 orang guru dan 4 orang kakitangan sekolah. Bilangannya bertambah pada 1989 kepada 25 orang guru. Tahun 2000, gurunya ialah seramai 60 orang. Bagaimanapun kini, bilangan guru telah berkurangan kepada 42 orang dan Anggota Kumpulan Pelaksana ( AKP ) seramai 7 orang. Kelas Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) Pembelajaran dibuka pada tahun 2006 di SEMAKMUR yang terdiri daripada pelbagai kategori ketidakupayaan seperti Sindrom Down, Autisme, Slow Leaner, Ketidakupayaan Fizikal dan Lain-lain. Dari sudut PdP, anak-anak istimewa ini diberi penekanan kepada kemahiran dan perkembangan sosial serta psikomotor murid agar mereka dapat berdikari dan bersosialisasi bersama masyarakat.

SEJARAH

SMK (FELDA) Kahang Timur yang dikenali sebagai SEMAKMUR dibuka pada 3 Januari 1988 Tujuan pembukaan ketika itu adalah untuk memberi pendidikan kepada murid yang terdiri daripada anak-anak peneroka dari FELDA gugusan Kahang yang semakin ramai dan menangani kesesakan murid di sekolah-sekolah sekitarnya. Bilangan murid mengikut tahun seperti berikut yang terdiri daripada anak atau cucu peneroka dari FELDA Kahang Barat , FELDA Kahang Timur dan FELDA Ulu Dengar serta penduduk sekitarnya (Felcra, Kampung Kurnia dan Kampung Seri Timur)

 

PENTADBIR

TN ZULKIFLI BIN MD PUNGOT

PENGETUA

PN AZILLAH BT ABDULLAH

PK PENTADBIRAN

PN ZURAINA BT SAHARUM @ SHAHAROM

PK HEM

EN. NORIZAN BIN SARIMAN

PK KOKURIKULUM

KEJAYAAN

HUBUNGI KAMI